Tuesday, March 23, 2010

BAGUS PUNYA..

Sesi iklan..


beli lah buku ini.ceritanya seram..
penulis: abang ipar aku nih.
kat pesta buku pwtc skang nih ada diskaun..


(copy dari blog penulis)

Yuda di Padang Maya - Apa kata inche Metafora (Jemari Seni)


Salam kepada Pembaca Jemari Seni,
Yuda di Padang Maya, itu tajuk novel JS yang saya ingin berkongsi cerita bersama para pembaca kali ini. Hmmm... tentu ada pembaca yang tertanya-tanya apa maksud ‘yuda’. Bagi para pembaca yang pernah membaca cerpen Zaen Kasturi bertajuk Yuda atau yang pernah mendengar lagu M Nasir Langgam Pak Dogo, tentu faham maksud perkataan ini. Perkataan ini bermaksud perang dalam sastera lama.


ISBN: 978-967-5118-36-4
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia) / RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010 dengan harga hanya...

RM16

saja.

***

Jadi ini novel perang? Taklah. Novel ini novel berlatarbelakangkan prelude kepada sebuah peperangan yang berlaku di alam dimensi lain. Dan para pembaca, janganlah takut dengan perkataan perang. Bukan semua perkataan perang itu membawa maksud tembak-menembak atau bom-mengebom.
Novel ini sebenarnya ala-ala fantasi yang berbau sedikit sains fiksyen. Pada mulanya, awal-awal lagi setelah mengetahui ini cerita fantasi Kak Nila dan Kak Ajah tak mahu terbitkan. Sebab mereka bimbang cerita ini akan mengelirukan pembaca. Tak mahu mereka novel keluaran Jemari Seni menerima nasib yang sama seperti sebuah novel trilogi berlatarbelakangkan dua zaman kisah, seorang panglima yang digilai ramai pembaca novel Melayu itu, tapi dilabel oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) sebagai novel yang mengandungi unsur memuja syaitan. Nauzubillah! Kak Nila kata penat nanti dia nak menjawab di akhirat.
Tapi setelah memberitahu penulis bahawa manuskripnya ditolak, dengan alasan bimbang akan mengelirukan pembaca, Kak Nila menghantarkannya juga ke meja saya. Minta supaya saya membaca dan menilainya. Pandangan kedua. Dalam malas-malas, saya membacanya. Satu muka surat ke dua muka surat hingga menjadi berbelas-belas muka surat, lalu akhirnya membawa saya ke muka surat terakhir. Kesimpulan saya pada Kak Nila, Jemari Seni boleh terbitkan manuskrip ini. Pertama kerana ceritanya menarik. Kedua, jadikan manuskrip ini sebagai ‘piawai’ minimum untuk mana-mana penulis yang berminat mahu menulis cerita fantasi dengan Jemari Seni; walau fantasi tidak boleh bercanggah dengan hukum agama.
Sinopsis novel?
Novel ini mengisahkan seorang Azmi, pelajar universiti yang jatuh cinta pada Balqis. Tanpa diketahuinya, Balqis itu sebenarnya Silfia, puteri jin yang menyamar sebagai seorang pelajar perempuan. Dan apabila Silfia memujuk Azmi untuk ke dunia jin bagi menyelamatkan ibunya, Azmi menurut kehendak itu. Untuk menyelamatkan Azmi di sana pula, tiga orang sahabat Azmi juga ke sana. Tapi bagaimana kesudahan cinta antara Azmi dan Silfia?
Bacalah cerita yang menarik ini... serta jumpa penulisnya pada kedua-dua Sabtu dan Ahad di Pesta Buku Antarabangsa KL untuk mendapat tanda tangan daripada jurutera kreatif ini!
Sekian.
Saya yang bernama Inche Metafora

Petikan Yuda di Padang Maya (halaman 64-66)
Malam pekat menyelubungi alam zahir. Langit dihiasi bintang-bintang bergemerlapan. Embun jantan mulai tersembur serata di celah-celah molekul udara. Subuh masih berada di satu titik di atas muka Lautan Pasifik, lagi tiga jam akan singgah di Malaysia.
Zamsari terjaga sebelum deringan jam kerana kehausan. Tidak berani turun ke dapur meneguk air kosong, dia cuba menyambung tidurnya. Akan tetapi masalah lebih sulit pula tidak semena-mena menimpa. Pundi kencingnya tiba-tiba mahu melimpahkan air. Senak terasa semakin ngilu apabila semakin ditahan. Dia tiada pilihan.
Siapalah buat rumah ni, Zamsari mengeluh sendirian, tidak pernah dibuat orang tandas dua-dua di bawah, di tingkat atas langsung tak ada.
Tidak dapat tidak dia perlu turun ke tingkat bawah, ke ruang dapur. Bermakna dia perlu berdepan dengan suasana yang bakal mencengkam perasaan sedarnya.
Tidak ada apa-apa, turun untuk sebentar sahaja, fikirnya.
Mahu saja dia mengejutkan Amsyar untuk diajak dibuat teman. Akan tetapi, satu cap di dahi bertulis ‘PENGECUT’ lebih mencelakakan emosinya berbanding remang bulu roma dek keseraman khayalan sendiri.
Dia tekad, menyelak selimut dan bangkit.
Zamsari melangkah perlahan tetapi pantas. Dia memusatkan fikiran agar tidak merewang-rewang membayangkan perkara yang bukan-bukan. Imej-imej daripada filem seram dan cerita puaka rakyat yang cuba masuk ke kepala ditepis jauh-jauh. Sampai di depan pintu tandas, dia menunduk menyauk selipar ke kaki. Pintu tandas dibuka. Angin berhembus menerpa mukanya… busuk, angin berbau busuk lain macam! Bukan busuk tahi tetapi busuk daging berulat!
Busuk… mayat?
Peluh Zamsari terus memercik. Berdebar-debar dia mendongak ke depan… lalu dia melihat… kegelapan yang punyai pergerakan. Darah Zamsari berhenti bergerak.
Dia terkencing di dalam seluar. Badannya menggigil diserang ketakutan yang maha dahsyat. Matanya buntang tidak berganjak melihat seekor puaka hitam menekap di dinding tandas. Kakinya ke atas, kepalanya di bawah. Puaka itu menjelir-jelir lidah yang berlendir meleleh ke dalam mangkuk tandas. Perlahan-lahan kepala hitam itu mendongak dengan lidahnya berjuntaian. Mata merah itu kini merenungnya tajam.
“Tidak! Jangan!” Zamsari memekik histeria, “Hantuu!” Dia mulai menggelupur tidak sedarkan diri di situ juga... di tempat tidurnya.
Amsyar dan Riduan terjaga. Terkejut separuh mati mendengar pekikan Zamsari yang meronta-ronta di sebelah mereka (berkongsi satu toto, Zamsari tidur di tengah-tengah). Kedua-dua pemuda itu panik terpinga-pinga.
Zamsari terjaga lalu duduk tercungap-cungap dengan peluh membasahi dahinya. Amsyar dan Riduan berpandangan sesama sendiri.
“Kau mimpi, Zam.” Amsyar menepuk bahu Zamsari.
“Ya... Zam, kau mimpi,” Riduan menggosok-gosok matanya, “Mimpi sampai terkencing, Zam!”
“Kau… kau kencing, Zam?” Amsyar tidak percaya lalu mengamati punggung Zamsari dan mengangkat punggung sendiri. Dia dan Riduan lalu ketawa berdekah-dekah memecah keheningan subuh.

Saturday, March 20, 2010

PWTC


Bab kata org pesta buku merupakan tmpat jualan pelbagai jenis buku,novel,majalah n ......ari ni ak ke pesta buku ngan fmly kak ja. Abe ipar ak penulis buku (Xarine)..terpksa la dia brtgas d tmptnya (Jemari Seni). Ramainya peminat..jeolus aku.huahaa.nk dijadikan cerita ak merayau ke seluruh kawasn kat s2. ada 1 tmpat tuh ada jual buku.murah giler..50sen dengn 1 buah buku..kerna bI ak kureng, tkuar lah idea nk beli semua siri (1-12) buku crite budk2. jdi pasni aku kena ler mengadap buku tuh smpai habis..


50 sen jer bku nuh...

pusing2 lagi..
jumpa lah peta2.peta dunia,peta malaysia.ada gak jual kt sni.plg dasyat peta2 tuh dijual ngan harga 5 INGGIT tuk 1. lau ambik 4 dapt free lagi 1. nk djadikan crita gak..sblum nih ak d beli peta dunia..harganya RM 16 somthing.beli kat kluang.kedai buku lah.. tp kt pesta buku kali nih peta y sma hanya 5 Inggit jer..murah giler..

untuk mmbr2 g lah pesta buku..pwtc.smpai 28hb nih..


Friday, March 19, 2010

sekolah dalam taman

Ruang antara blok samtsh

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin (samtsh) terletak di kampung Jawa Klang. Bilangan pelajarnya hampir 1200 orang. Guru-gurunya amat berkebolehan dalam bidang masing-masing. Sesi persekolahnya hanya 1 sesi sahaja iaitu dari jam 7.40-2.10. Letakan samtsh amat menarik. Seperti sekolah dalam taman.

mula-mula..

Anak kepada idolaku..absyar

1st terlints d hati untuk membuat blog sendiri. Tercetusnya idea ini kerana melihat 'keminatan' seorang penulis buku (xarine) yang berjuang dalam hidupnya. Syabas. Kerana lain juga adalah untuk meningkatkan mutu penulisan ku. Jiwa aku amat rapat dengan alam sekitar. Kepada kwan2 sudilah kiranya untuk menegur dalam setiap coretaN KU..